nuffnang

Saturday, 11 June 2011

Sukan Belia Kampung Sungai Sireh

Program Belia Pengerak Masyarakat.

Terlebih dahulu nak ucapkan tahniah kepada Belia 4B kampung sungai sireh dan juga pergerakan pemuda umno di kampung sungai sireh yang telah berjaya mengajurkan program ini








2 Pasangan Pengantin Sekali Terus

Salam

terlebih dahulu blogger mengucapkan tahniah kepada 
Kamarul Azril dengan pasangannya Norazlin
dan
Mohammad Afendi dengan pasangannya Hijrah
doa dan harapan kedua mempelai ini akan berbahagia sehingga ke akhir hayat

Untuk Encik  Mansor  bin Ramli ( Chon ) dan juga Puan Rokayah binti haji Ali,
selamat menerima menantu.

Jamuan mula nak hidangkan

enak ....panas-panas


sibuk juga busu khalid

tetamu wanita mula tiba

Penulis mohon maaf tak dapat siarkan gambar
pasangan pengantin kerana terpaksa
raoud pergi kenduri, kematian dan menziarahi anak.

namun akan diusahakan.


Azman bin Ismail

salam dan Al-Fatihah
 khususnya kepada saudara kita Azman bin Ismail yang telah kembali ke rahmatullah pada 11. 06. 2011 ketika usianya 23 tahun kerana sakit berkaitan dengan paru-paru. 
Semoga Allah swt mencucuri rahmatnya dan berada di samping orang-orang yang beriman.

Ramai kawan yang hadir sama

Tak kurang juga sahabat dan jiran yang hadir

Van yang sedia menunggu

Jenazah diusung keluar rumah

Al Fatihah

Jenazah dimasukkan dalam van

Al-Fatihah

Friday, 10 June 2011

Sambutan Israk & Mikraj di Surau An-Ni' Mah, Lorong Enam, Sungai Sireh

 salam kepada semua

Terlebih dahulu nak ucapakan ribuan terima kasih kepada semua
Ahli Jawatan kuasa Surau An-Ni'Mah
yang telah berjaya menganjurkan sambutan Israk dan Mikraj
Kira ramai laa yang hadir....
Saf lelaki 3 baris
manakala perempuan ada mencapai 50 orang

Solat magrib berjemaah

Saf hadapan perempuan

Berdoa memohon keampunan Allah

Bersalam tanda bermaafan

Jemaah perempuan menunggu majlis bermula


Ustaz samsul bin Tukiman Pengerusi Surau An-Ni'Mah 
memulakan majlis

Penceramah undangan
Ustaz Khairil Anuar bin Darus
daripada Kolej Universiti Islam Selangor

Ahli qariah mula mendengar ceramah

Semakin khusuk mendengarnya

Suasana penuh kedamaian

Jemaah wanita turut mendengar dengan tawajuh

Ada yang tua, muda dan kanak-kanak


Selepas ceramah
jamuan makan dalam dulang.......
macam jemaah tabligh...kira ok tu...

Jamuan tetamu jemputan

wong wedok 
nyenduk jangan.... weteng wes luwe

Nasi dalam talam ada
kueh ada
tembikai pun ada

Jamuan belah wanita
panjang tu barisnya..........maklum laaa ramai

walau pun dalam talam....
tetap menyelerakan


Terima kasih kepada semua AJK surau dan kepada semua penderma yang sudi menyumbang
untuk jamuan makan. 
termasuklah abang safar bin marjan yang dengan rela mengedar jemputan dan memohon sumbangan
daripada 
ahli qariah.






Tuesday, 7 June 2011

Kalimah Allah


3 TITIK D KALIMAH ALLAH !!



Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah 
di atas selama 10 saat, 
kemudian lihat dinding/ruang kosong 
yang berhampiran dengan anda.


Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya.
 Subhanallah..rasa sangat kagum dengan ilusi mata 
kurniaanNya ini.
Sungguh indah sekali...

Menuai Padi Musim 1 / 2011


salam...

Ini adalah pemandangan kawasan tanaman padi kampung sungai sireh.
Lega bila padi menguning. Ini adalah tanaman padi di lot 8358.. 

Padi yang cukup sesuai untuk di potong

Batas tetap bersih

Parit tepi sawah pun dah kering

Aktiviti memotong padi

Aktiviti memotong padi

Aktiviti memotong padi

Aktiviti memotong padi

Aktiviti memotong padi

Aktiviti memotong padi

Aktiviti memotong padi

Untuk musim ini, bagi kampung Sungai Sireh mengucapkan tahniah kepada 
Tuan Haji Samian bin Haji Ahmad (10.200 kilomatrik) dan Encik Johari bin Mokhlis (10 kilomatrik )  
yang mencapai tahap cemerlang dalam pengeluaran padi bagi musim ini di kampung Sungai Sireh.

Untuk musim 2 / 2011 kita cuba lagi......

Aktiviti Jualan Rempeyek

Salam

 nak ucapkan tahniah kepada
semua yang terlibat dalam aktiviti PPPP ( WI ) 
kampung Sungai Sireh.

Aktiviti mengoreng rempeyek

Aktiviti mengoreng rempeyek
 
Rempeyek yang siap digoreng
cantik warna...sedap

Aktiviti pembungkusan

Aktiviti pembungkusan

 Siap untuk pasaran

Cuba laaa rasa... sedap.

Sesiapa yang nak mencuba boleh laa berhubung dengan pengerusi PPPP ( WI ),
tempahan lebih awal lebih baik kerana permintaan lebih daripada penawaran
di samping untuk menikmati kesegarannya. 
harum baunya.

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...