nuffnang

Wednesday 31 August 2011

Sembahyang sunat di bulan Ramadhan

salam semua

maaf laa bulan puasa ini hanya ada 2 artikel pasal kampunku sungai sireh...
namum tetap ada cerita yang terakam di memori lensa.

Saban tahun antara aktiviti wanita umno bahagian tanjong karang 
dan kampung sungai sireh adalah mengadakan sembahyang sunat sama ada dui masjid atau surau.

syukur pada tahun ini tetap 
ada aktivitinya.

antaranya sembahyang hajat, sembahyang witir dan sebagainya.
selepas sembahyang ada laa hadiah yang diberikan sebagai ucapan terima kasih seperti
kain, susu, gula, pinggan mangkuk dan sebagainya.








Terima kasih kepada Tuan Haji Abd. Hadi bin Muhammad, Encik Abu Bakar bin Semaat, 
Puan Jamiaton bin Hj. Shafie dan Puan Juriayani binti Johari yang turut menyumbang.

Terima kasih daun keladi dengan ucaopan srmoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur

Sofiah binti Amir


salam semua

Al fatihah untuk Puan Sofiah binti Amir yang telah kembali ke rahmatullah pada
bulan puasa yang lalu. ketika berusia 68 tahun.
Mungkin ada yang tidak perasaan, beliau adalah ibu kepada Encik Salleh dan 
rumahnya terletrak di ban 2, tali air satu sungai sireh.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan
 ditempat dikalangan para syuhada.

Amin

Sunday 31 July 2011

Fadilat sembahyang terawih


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.

Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam

terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

Esok posa.....yeyeyeye


Lafaz Niat Puasa Ramadhan

 

Lafaz Niat Puasa

Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan


niat puasa sebulan

Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala
Doa Berbuka Puasa

Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu
birahmatika ya arhamarrohimin
Selamat menyambut bulan Ramadhan! :)

Wednesday 27 July 2011

Penambahbaikan Surau An-Ni'Mah Kampung Sungai Sireh

ASSALAMUALIKUM WTB

Sempena Ramadhan al-Mubarak ini, syukur kepada Allah swt
kerana mendapat pelepaan ( menyimen ) kawasan memasak di bahagian dapur. 
Secara tidak langsung nanti, tidak laaa berdebu apabila gotong royong memasak kelak.

Lantai Baru

malahan masalah najis kucing akan dapat diatasi dan juga jika ada najis ayam senang di basuh.

Begitu juga dengan pemasangan oning telah dinantikan sekian lama. Apabila hari hujan dan tempias akan berlaku. Kesannya lantai jubin menjadi kuning dan tidak cantik, bahkan tempias daripada air hujan akan menjadikan air bertakung di bahagian tepi dinding.




tahniah kepada kontaraktor SIHARA MAJU ENTERPRISE
yang melaksanakan tugasan ini.

InsyaAllah di masa lain,
penambahbaikan akan terus berlaku

AMIN

Kelahiran Anak Sungai Sireh

Salam.....

Pada 01. 07. 2011 lahirnya Wan Eryna Sofea 
anak kepada pasangan Wan Mohammad Enzro dan Norazian.
Dilahirkan di Hospital Sungai Buluh.

Semoga Eryna Sofea akan mencapai kebahagian dunia dan akhirat
bersama ibu bapa tercinta.


Dijemput menghadiri kenduri cukur rambut
dan
tahlil di rumah Encik Medan bin Saidin
pada 30. 07. 2011
Sembelih lembu.....

Jemput datang...

Monday 25 July 2011

Gotong Royong Surau An-Ni'Mah

Assalamualikum wtb

Mengucapkan tahniah kepada 
AJK surau An-Ni'Mah yang telah mengadakan program gotong royong
untuk membersihkan kawasan surau.... pada 24. 07. 2011 yang lalu

Almaklumllah ....
bulan Ramadhan al-Mubarak bakal menjelma tak berapa lama lagi.
Sekurang-kurangnya aura untuk kita berpuasa dah bermula.

Boleh tahan juga yang hadir.....
ada yang menajak, meracun, sau sawang, kemas tempat makan
dan sebagainya.

Surau An-Ni'Mah

Haji Hussin jadi  mandor ke ?

Tak ada orang nak tolong Haji Zakaria ke.... kesiuan...


Jom makan....

Makan ala kadar... sapa sponser ye....


Kira Bang Chik tunjuk rajin.

wak ......... sapu longkang bersih-bersih yeeee

Apa-apa pun
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

AMIN.



Kembara Puteri Kasih......


Salam..

rasa teruja juga apabila kehadiran 
puteri umno bahagian tanjong karang yang datang singgah 
sewaktu program kesihatan 1 malaysia di kampung sungai sireh

kehadiran mereka yang tidak disanngka-sangka telah mengejutkan hadirin
khusus para penduduk kampung yang datang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan

Kehadiran mereka dengan vase biru cukup menarik perhatian di samping menyumbang
ole-ole kepada semua yang terlibat

Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjong karang
Puan salbiah binti Shaari





























Semoga Kembara Kasih 
dapat meningkatkan martabat Puteri UMNO Bahagian Tanjong Karang

Tahniah semua

Program Kesihatan 1 Malaysia


Salam kepada semua


Sekali lagi pihak Kampung Sungai Sireh 
telah berjaya menganjurkan 
Program Kesihatan 1 Malaysia

Program khususnya kepada golongan wanita yang telah berumur 40 tahun ke atas dan 
juga perempuan yang telah mendirikan rumah tangga 

Pemeriksaan lebih tertumpu kepada

Barah Payu Dara Dan Pencegahan Barah Pangkal Rahim

Hasilnya seramai kira-kira 108 orang perempuan yang
dapat menjalankan pemeriksaan. Tahniah dan Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Semua proses perawatan ini dijalankan secara percuma.

Namum penulis merasakan kecewa hanya segelintir perempuan yang hadir...
INI PENTING UNTUK MEREKA.

Kalau dah kena baru tau.... bukan mendoakan...
tapi simpati, kerana peluang sudah ada di hadapan mata.

Ada juga yang dah datang... tapi malu nak buat pemeriksaan, 
maklum.laaa.... tapi ingat, semua mereka adalah profesional...


Corat carit di hari tersebut... candid




















Nak ucapkan ribuan terima kasih kepada belia 4B. Panel Kesihatan Klinik Kesihatan Tanjong Karang, JKKKP Kampung Sireh dan UMNO Cawangan Sungai Sireh.

Tidak lupa juga kepada crew Kasih Puteri  yang diketuai Puan Salbiah binti Saari, Pengerusi Panel Tuan Towhid bin Mokhti, Tuan Ramlan bin Samsure dan Tuan Abu Bakar bin Semaat

Terima kasih.

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...