nuffnang

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Wednesday, 31 August 2011

Sembahyang sunat di bulan Ramadhan

salam semua

maaf laa bulan puasa ini hanya ada 2 artikel pasal kampunku sungai sireh...
namum tetap ada cerita yang terakam di memori lensa.

Saban tahun antara aktiviti wanita umno bahagian tanjong karang 
dan kampung sungai sireh adalah mengadakan sembahyang sunat sama ada dui masjid atau surau.

syukur pada tahun ini tetap 
ada aktivitinya.

antaranya sembahyang hajat, sembahyang witir dan sebagainya.
selepas sembahyang ada laa hadiah yang diberikan sebagai ucapan terima kasih seperti
kain, susu, gula, pinggan mangkuk dan sebagainya.








Terima kasih kepada Tuan Haji Abd. Hadi bin Muhammad, Encik Abu Bakar bin Semaat, 
Puan Jamiaton bin Hj. Shafie dan Puan Juriayani binti Johari yang turut menyumbang.

Terima kasih daun keladi dengan ucaopan srmoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur

Sunday, 31 July 2011

Fadilat sembahyang terawih


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.

Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam

terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

Esok posa.....yeyeyeye


Lafaz Niat Puasa Ramadhan

 

Lafaz Niat Puasa

Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan


niat puasa sebulan

Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala
Doa Berbuka Puasa

Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu
birahmatika ya arhamarrohimin
Selamat menyambut bulan Ramadhan! :)

Friday, 10 June 2011

Sambutan Israk & Mikraj di Surau An-Ni' Mah, Lorong Enam, Sungai Sireh

 salam kepada semua

Terlebih dahulu nak ucapakan ribuan terima kasih kepada semua
Ahli Jawatan kuasa Surau An-Ni'Mah
yang telah berjaya menganjurkan sambutan Israk dan Mikraj
Kira ramai laa yang hadir....
Saf lelaki 3 baris
manakala perempuan ada mencapai 50 orang

Solat magrib berjemaah

Saf hadapan perempuan

Berdoa memohon keampunan Allah

Bersalam tanda bermaafan

Jemaah perempuan menunggu majlis bermula


Ustaz samsul bin Tukiman Pengerusi Surau An-Ni'Mah 
memulakan majlis

Penceramah undangan
Ustaz Khairil Anuar bin Darus
daripada Kolej Universiti Islam Selangor

Ahli qariah mula mendengar ceramah

Semakin khusuk mendengarnya

Suasana penuh kedamaian

Jemaah wanita turut mendengar dengan tawajuh

Ada yang tua, muda dan kanak-kanak


Selepas ceramah
jamuan makan dalam dulang.......
macam jemaah tabligh...kira ok tu...

Jamuan tetamu jemputan

wong wedok 
nyenduk jangan.... weteng wes luwe

Nasi dalam talam ada
kueh ada
tembikai pun ada

Jamuan belah wanita
panjang tu barisnya..........maklum laaa ramai

walau pun dalam talam....
tetap menyelerakan


Terima kasih kepada semua AJK surau dan kepada semua penderma yang sudi menyumbang
untuk jamuan makan. 
termasuklah abang safar bin marjan yang dengan rela mengedar jemputan dan memohon sumbangan
daripada 
ahli qariah.






Tuesday, 7 June 2011

Kalimah Allah


3 TITIK D KALIMAH ALLAH !!



Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah 
di atas selama 10 saat, 
kemudian lihat dinding/ruang kosong 
yang berhampiran dengan anda.


Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya.
 Subhanallah..rasa sangat kagum dengan ilusi mata 
kurniaanNya ini.
Sungguh indah sekali...

Sunday, 29 May 2011

Masjid jamek At-Tuqa Berubah Wajah

Salam

Telah berlalu beberapa minggu dan kini hampir penyudahnya 
bebrapa penambahbaikan
Masjid jamek At-Tuqa
Kampung Sungai Sireh telah dijalan
terutama bahagian bumbung, struktur dan kerja-kerja mengecat

Masjid At Tuqa

Kerja-kerja mengecat hampir siap

 Lot parkir turut mengalami perubahan warna

Semoga masjid ini dapat meneruskan usaha dalam mengeratkan pembangunan ummah

Amin.

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...