nuffnang

Monday, 20 June 2011

Majlis Majlis Berkhatan Azizi Bin Dasuki Dan Majlis Kesyukuran

Salam kepada semua blog ini.

Bila saja terdengar sahaja berita kenduri rumah 
Tuan haji Daud bin Paiman dan Puan hajjah Tuminah binti Kodori,
penulis terus ke rumah beliau.

Potong kerbau tu....
nak ucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri yang mengadakan telah mengadakan majlis berkhatan  dan kesyukuran kerana siap buat dapur...katanya. tapi cantik.

Nak ucapkan tahniah juga kepada Azizi bin Dasuki yang telah menjadi dewasa. lepas ni boleh laa cari
 mak we... hehehe

Tuan Haji daud bin Paiman

Inilah ruang dapur........

Hidangan istimewa...sup kerbau

Blogger dah kenyang..... makan bubur dan sup aje

Tetamu yang hadir

Sekian . 
Wassalam



Majlis Berkhatan Mohd Syukri bin Azim


Salam....

walaupun cuti telah berlalu, 
namum kenduri berkhatan masih ada.......
budaknya dah berkhatan tetapi kendurinya baru di buat minggu ni...
19. 06.2011 ( Ahad )

apa-apa pun tahnihah kepada 
Saudara Azim bin Mat dan isteri  Puan  Siti Jariah binti Johari
yang telah berjaya menyempurnakan 
majlis ini.

Untuk Mohammad Syukri bin Azim
telah menyempurnakan diri sebagai orang dewasa dan wajar berfikiran seperti dewasa


Encik Azim bin Mat

Puan Siti Jariah binti Johari


Juadah yang terhidang...wow ada keli...


Awal pagi dah goreng ayam

Tetamu lelaki yang hadir

Tetamu perempuan yang hadir

Buat apa tu....Haji Sayuti..

Boss masak...Haji Ijai 





Puan Sapiah binti Samad

Salam dan ucapan takziah kepada keluarga 
Allahyarham Sapiah bin Samad yang telah kembali ke rahmatullah
pada 11. 06. 2011.

Semua penduduk kampung Sungai Sireh mengirimkan bacaan Al-Fatihah
kepada Allahyarham Sapiah bin Samad
semoga roh beliau di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Amin

Saturday, 11 June 2011

Sukan Belia Kampung Sungai Sireh

Program Belia Pengerak Masyarakat.

Terlebih dahulu nak ucapkan tahniah kepada Belia 4B kampung sungai sireh dan juga pergerakan pemuda umno di kampung sungai sireh yang telah berjaya mengajurkan program ini








2 Pasangan Pengantin Sekali Terus

Salam

terlebih dahulu blogger mengucapkan tahniah kepada 
Kamarul Azril dengan pasangannya Norazlin
dan
Mohammad Afendi dengan pasangannya Hijrah
doa dan harapan kedua mempelai ini akan berbahagia sehingga ke akhir hayat

Untuk Encik  Mansor  bin Ramli ( Chon ) dan juga Puan Rokayah binti haji Ali,
selamat menerima menantu.

Jamuan mula nak hidangkan

enak ....panas-panas


sibuk juga busu khalid

tetamu wanita mula tiba

Penulis mohon maaf tak dapat siarkan gambar
pasangan pengantin kerana terpaksa
raoud pergi kenduri, kematian dan menziarahi anak.

namun akan diusahakan.


Azman bin Ismail

salam dan Al-Fatihah
 khususnya kepada saudara kita Azman bin Ismail yang telah kembali ke rahmatullah pada 11. 06. 2011 ketika usianya 23 tahun kerana sakit berkaitan dengan paru-paru. 
Semoga Allah swt mencucuri rahmatnya dan berada di samping orang-orang yang beriman.

Ramai kawan yang hadir sama

Tak kurang juga sahabat dan jiran yang hadir

Van yang sedia menunggu

Jenazah diusung keluar rumah

Al Fatihah

Jenazah dimasukkan dalam van

Al-Fatihah

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...